BMK3033 KETERAMPILAN MEMBACA
TAJUK TUGASAN
LAPORAN LANGKAH-LANGKAH
PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR
|
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA
|
NO
MATRIK
|
NUR FATIHAH BINTI MASRI
|
D20151070440
|
MUHAMMAD AMIRUL AMIN BIN
ABDUL RAZAK
|
D20151070459
|
NURUL IZZATI HANIS BINTI
MOH ZAMANI
|
D20151070458
|
TUAN NUR’AIN AFIQAH BINTI
TUAN KAMARUZANI
|
D20151070465
|
NURUL SYAZWANIE BINTI AYOB
|
D20151070467
|
MUHAMMAD ANWAR BIN MOHD
FADZIL
|
D20151070472
|
1.0 PENGENALAN
Bahan
Bantu Mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru atau murid
sebagai bantuan dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah. Perbahanan
mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan putih, kapur dan
gambar-gambar sahaja, tetapi ianya merangkumi segala benda yang digunakan dalam
pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan
sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid. Menurut Atan
Long (1981), bahan bantu mengajar dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu bahan
pendengaran, bahan-bahan pandangan dan bahan pandang-dengar. Berdasarkan
pendapat Atan Long (1982) mengenai pendefinisian Bahan Bantu Mengajar tersebut,
dapat dilihat bahawa bahan bantu mengajar terdiri daripada pelbagai bahan dan
sesuatu bahan itu boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk
buku, carta, atau dipapar pada slaid dan dipancarkan pada skrin layar. Noraziah
Hamid (1981) pula membahagikan Bahan Bantu Mengajar kepada dua asas multimedia
iaitu media elektronik dan media bukan elektronik.
Melalui pendapat kedua-dua ahli sarjana di
atas bolehlah disimpulkan bahawa Bahan Bantu Mengajar boleh dibahagikan kepada
tiga kategori. Pertama, Bahan Bantu Mengajar ialah bahan-bahan yang menggunakan
media elektronik seperti filem pelajaran, filem jalur, slaid, overhead projector (OHP), pita video,
radio, pita rakaman, pring hitam, CD, computer, radio kaset, televisyen,
internet dan sebagainya. Kategori kedua bagi Bahan Bantu Mengajar ialah bahan
yang menggunakan media bukan elektronik seperti suara, gambar, carta, model,
surat khabar, papan hitam, papan putih, papan flanel, papan magnet, kad-kad
imbasan, buku dan sebagainya. Bagi kategori ketiga, Bahan Bantu Mengajar
bercorak pengalaman seperti lakonan, lawatan, projek, pameran, bahan maujud
(realia) dan sebagainya.
Di dalam kajian ini, pengkaji menghasilkan
“Dam Ular Minda” sebagai Bahan Bantu Mengajar di dalam bilik darjah. Bahan
Bantu Mengajar tersebut merupakan set bahan permainan yang berbentuk pembelajaran
yang membolehkan pelajar bermain sambil belajar. Permainan “Dam Ular Minda” ini
dapat memberi kefahaman kepada pelajar untuk memahami sesuatu topik yang
diajarkan oleh guru. Teknik yang digunakan di dalam Bahan Bantu Mengajar ini
ialah teknik Hubungan Soal-Jawab. Teknik Hubungan Soal-Jawab adalah sesuai
untuk digunakan di dalam Bahan Bantu Mengajar ini iaitu “Dam Ular Minda”.
2.0 JENIS BAHAN BANTU
MENGAJAR (BBM)
Menurut
J.S Farrant (1981), bahan bantu mengajar (ABM) terdiri dari bahan bantu
mengajar yang asas seperti buku kerja, gambar, peta, carta, dan yang
seumpamanya serta bahan bantu mengajar elektronik seperti jalur filem, wayang
gambar, televisyen, radio, gramotor dan video. Manakala W.F.Connell (1981) pula
menyatakan bahawa bahan bantu mengajar terdiri daripada papan hitam, buku
bercetak, bahan pandang dengar dan bahan ciptaan baharu seperti bahan-bahan
multimedia. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa bahan bantu mengajar terdiri
daripada dua jenis iaitu :
i. Bahan
bantu mengajar bukan elektronik
ii. Bahan
bantu mengajar elektronik
Bahan
Bantu Mengajar Bukan Elektronik
1.
Papan hitam atau papan tulis
2.
Buku teks
3.
Papan pemer atau papan buletin
4.
Fail tegak dan bahan bacaan
5.
Gambar
6.
Kad imbasan dan kad cantuman
7.
Carta
8.
Grafik
9.
Papan pengajaran
10.
Model tiga dimensi
11.
Boneka atau patung
12.
Diorama
Bahan
Bantu Mengajar Elektronik
1.
Overhead Projektor (OHP)
2.
Transparensi (OHP)
3.
Pita slaid (filem slaid)
4.
Radio
5.
Televisyen dan VCR (Video Cassete Recorder)
6.
Bahan rakaman
7.
Filem tayang atau filem jalur
8.
Komputer
Dalam
tugasan ini, kami menghasilkan satu Bahan Bantu Mengajar (ABM) yang
dikategorikan kepada bahan bantu mengajar bukan elektronik dan berbentuk
elektronik. Bagi bahan bantuan mengajar bukan elektronik, bahan bantu mengajar
kami dikategorikan kepada fail tegak dan bahan bacaan serta model tiga dimensi.
Ianya terdiri daripada sebuah teks yang di mana bukan bahan bacaan buku dan
bagi model tiga dimensi ini kami menggunakan kotak sebagai dadu dalam permainan
“Dam Ular Minda” dan kain untuk dijadikan sebagai latar permainan. Di setiap
petak dalam kain sebagai latar permainan itu, kami akan mengemukakan soalan
berperingkat kepada pelajar. Malah dalam tugasan ini juga, kami menggunakan bahan
bantu mengajar eletronik iaitu diketegorikan sebagai komputer. Hal ini di mana
kami menayangkan video menerusi komputer mengenai cerita yang terdapat dalam
teks bagi memberi kefahaman yang jelas kepada pelajar.
3.0 KEBAIKAN BAHAN BANTU
MENGAJAR
Penggunaan
bahan bantu mengajar memainkan peranan penting dalam membantu pengajaran dan
pembelajaran yang bersesuaian dengan pendidikan alaf ke 21 ini. Terdapat pelbagai
kebaikan menggunakan bahan bantu mengajar bukan sahaja manfaat kepada guru
malah pelajar juga. Bahan bantu mengajar yang telah kami cipta adalah permainan
“Dam Ular Minda”.
Pertama, penggunaan bahan bantu
mengajar ini dapat menarik perhatian dan tumpuan pelajar semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hal ini kerana pelajar akan
tertanya-tanya apakah yang akan dilakukan oleh gurunya dengan bahan-bahan yang
dibawa seperti dadu gergasi dan dam ular. Perhatian mereka akan tertumpu kepada
tingkah laku yang cuba dilakukan oleh guru dan mereka ingin mengetahui apakah
kegunaan bahan bantu mengajar yang dibawa oleh guru. Oleh itu, perhatian
pelajar untuk meneruskan proses pembelajaran dapat diteruskan dengan mudah
kerana guru berjaya mengawal kelas pada peringkat permulaan pengajaran.
Seterusnya, mencetuskan minat
pelajar dalam pembelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar dapat mencetuskan
minat pelajar kerana mereka terhibur dengan proses pembelajaran yang lebih
bersifat santai. Sebagai contoh, guru telah mencipta sebuah bahan bantu
mengajar yang bercorak permainan iaitu “Dam Ular Minda”. Pelajar akan lebih
terhibur kerana dapat bermain sambil beajar. Hal ini dapat mengurangkan tekanan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran sama ada tekanan kepada guru mahupun
pelajar. Oleh itu, pelajar akan lebih berminat untuk datang ke sekolah kerana
suasana pembelajaran yang menyeronokkan yang dilaksanakan oleh gurunya.
Kemudian, penggunaan bahan bantu
mengajar dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
Pelajar akan memberi kerjasama yang baik dalam melibatkan diri dalam proses
pembelajaran bersama guru kerana akan berlaku soal jawab dan perbincangan
bersama. Keberkesanannya adalah dari aspek kefahaman pelajar tentang apa yang
diajari oleh guru. Sebagai contoh jika guru telah mencipta bahan bantu mengajar
melalui permainan “Dam Ular Minda”,
pelajar yang terkena pada petak tanda soal dikehendaki menjawab soalan yang dikemukan
oleh guru, melalui kaedah ini guru dapat mengesan dan menilai tahap kefahaman
pelajar tentang apa yang telah dipelajarinya. Jika pelajar tidak dapat menjawab
soalan terebut, maka proses perbincangan akan berlaku antara guru dan pelajar
agar pelajar tersebut dapat memahami dan menjawab soalan yang dikemukakan.
Akhir sekali kebaikan bahan bantu
mengajar adalah dapat memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh
pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria seperti deria penglihatan, sentuh
dan pendengaran. Sebagai contoh, pelajar dikehendaki melihat video yang
dipaparkan oleh guru di skrin dan kemudian pelajar dikehendaki meletakkan nama
watak dalam video tersebut di dalam gambar yang telah disediakan. Disini, guru
telah menguji tahap tumpuan pelajar melalui deria penglihatan dan pendengaran
mereka. Oleh itu, pelajar akan terangsang untuk memberi perhatian yang penuh
terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru mereka.
Jelaslah bahawa dengan penggunaan bahan
bantu mengajar yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bukan sahaja dapat membantu guru untuk menyampaikan pengajaran
dengan lebih mudah malah pelajar juga lebih tertarik untuk menjalani proses
pembelajaran dengan suasana pembelajaran yang lebih menarik. Bahkan pelajar
juga dapat memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru dengan lebih cepat
dan berkesan. Suasana pembelajaran yang menarik dapat meningkatkan tahap minat
pelajar untuk menjalani proses pembelajaran di sekolah sekaligus membantu
mengurangkan tekanan dalam pelajaran.
4.0 KEKURANGAN BAHAN BANTU
MENGAJAR (ABM)
Bahan
bantu mengajar sememangnya banyak digunakan oleh para guru di sekolah. Hal ini
kerana bahan bantu mengajar memberikan impak yang positif dalam membantu para
pelajar untuk lebih memahami apa yang hendak di ajar oleh guru ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan
pada setiapbahan bantu mengajar. Dalam kajian ini, pengkaji mendapati bahan
bantu mengajar “Dam Ular Minda” turut mempunyai kelemahan yang tersendiri.
Antara
kelemahannya ialah pelajar akan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan
soalan. Hal ini demikian kerana kami telah mengemukakan soalan mengikut
pelbagai tahap dan pelajar perlu memikirkan jawapan yang sesuai untuk menjawab
soalan yang dikemukakan. Pelajar juga mengambil masa yang lama untuk menamatkan
permainan “Dam Ular Minda”. Hal ini demikian kerana pelajar perlu bermula dari
bawah untuk sampai ke garisan penamat. Oleh itu, jelaslah bahawa pelajar akan
mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan soalan tersebut dan menghabiskan
sesi permainan tersebut.
Kelemahan
yang berikutnya pula ialah bahan bantu mengajar (ABM) yang direka tidak tahan
lama. Hal ini kerana kami menghasilkan bahan bantu mengajar dengan menggunakan
kain dan kotak. Bahan-bahan yang digunakan ini merupakan satu bahan yang tidak
mampu bertahan dalam jangka masa yang lama. Seperti kain tersebut, akan
mendapat kesan kotor sekiranya tidak dijaga dengan sebaik mungkin. Malah kotak
yang kami gunakan sebagai dadu dalam permainan “Dam Ular Minda” akan mudah
kemik kerana dibaling untuk menentukan nombor pada dadu tersebut bagi menjawab
soalan. Oleh itu, jelaslah bahawa bahan bantu mengajar yang digunakan tidak
mampu bertahan dengan lama. Bahkan kelemahan yang dilihat juga dari segi kos
dalam membuat bahan bantu mengajar “Dam Ular Minda”. Hal ini kerana bahan bantu
mengajar yang diciptakan ini memerlukan kos yang tinggi dalam pembinaannya. Oleh
itu, jelaslah bahawa bahan yang dihasilkan sebagai bahan bantu mengajar tidak
tahan lama malah memerlukan kos yang tinggi dalam penghasilannya.
5.0 PENGAJARAN YANG AKAN
DISAMPAIKAN
Secara
umumnya, bahan bantu mengajar sangat membantu guru untuk mengajar dengan lebih
efisien dan efektif semasa di dalam kelas. Hal ini demikian kerana bahan bantu
mengajar ini akan memudahkan dan mempercepat proses penerimaan ilmu pengajaran
dalam diri pelajar selain ianya dilakukan secara langsung di dalam kelas.
Contohnya, kumpulan kami telah mencipta bahan bantu mengajar iaitu “Dam Ular
Minda” yang direka dengan bahan yang mudah didapati seperti kain, kotak, marker
dan sebagainya yang direka khas untuk murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku. Bahan bantu mengajar ini direka khas untuk pembelajaran di sekolah
rendah bagi subjek Bahasa Melayu dan Sastera.
Selain itu, bahan bantu mengajar ini
menggunakan teknik hubungan soal-jawab (Question-Answer Relationship – QARs)
yang bertujuan untuk membantu pelajar menganalisis, memahami dan bertindak
balas terhadap konteks teks yang diberikan semasa di dalam kelas. Teknik ini
dipilih kerana ianya amat bersesuaian dengan subjek iaitu Bahasa Melayu dan
Sastera dan teknik ini sesuai untuk diaplikasi melalui permainan “Dam Ular
Minda” ini pembinaan yang selaras dengan objektif pembelajaran berdasarkan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah. “Dam Ular Minda” ini juga direka bagi
mengelakkan murid di dalam kelas bosan dan mengantuk dengan cara pengajaran
yang lama iaitu secara satu hala dengan guru hanya bercakap di depan manakala
murid mendengar dan mencatat nota. Empat perkara asas dalam teknik ini ialah Di
situ QARs, Fikir dan Cari QARs, Saya dan pengarang QARs, dan Saya secara
sendirian QARs. Perkara asas ini diterjemahkan ke dalam langkah pelaksanaan
teknik seperti berikut:
Langkah
1: guru memperkenalkan “di situ QARs”.
Ø Pada
peringkat ini, pelajar dapat melihat jawapan yang berada dalam teks.
Ø Keadaan
ini selalunya dijumpai apabila jawapan dan soalan berada di dalam satu
perenggan yang sama.
Ø Pada
peringkat ini, guru akan memberi soalan yang mudah dan terdapat dalam teks bagi
memudahkan murid mengenalpasti jawapan yang tepat.
Langkah
2: guru mula menggunakan teknik “Fikir dan Cari QARs”
Ø Peringkat
ini jawapan tidak dalam teks dan pelajar perlu menggabungkan bahagian tertentu
untuk membentuk jawapan sendiri.
Ø Pada
peringkat ini, guru akan memberi soalan yang sedikit mencabar semasa permainan
berlangsung supaya permainan menjadi lebih rancak dan menghiburkan tetapi
mempunyai mesej yang ingin disampaikan.
Langkah
3: guru memperkenalkan teknik “saya dan pengarang QARs”
Ø Peringkat
ini pelajar sedar jawapan tiada dalam teks dan mereka perlu fikir apa yang
mereka tahu.
Ø Pada
bahagian ini, guru akan meminta kerjasama kumpulan yang bermain supaya bersama
sama memikirkan jawapan yang sesuai untuk menjawab soalan yang utarakan semasa
permainan berlangsung. Hal ini bertujuan untuk menggalakkan proses pemikiran
kreatif dan kritis dalam diri pelajar.
Langkah
4: guru menyimpulkan dengan menggunakan teknik “saya secara sendirian QARs”
Ø Peringkat
ini memerlukan pelajar membuat inferen terhadap bahan pengajaran yang
diperkenalkan oleh guru,
Ø Guru
akan memberi soalan yang berkonsepkan kesimpulan supaya pelajar dapat membuat
hipotesis atau inferen terhadap bahan pengajaran yang digunakan untuk proses
pengajaran di dalam kelas.
Syarat
permainan “Dam Ular Minda”
1. Hanya
ketua atau wakil setiap kumpulan akan berada di dalam gelanggang dam ketika
permainan berlangsung.
2. Setiap
kumpulan wajib bekerjasama semasa permainan berlangsung dengan membantu ketua
atau wakil yang bermain dam tersebut menjawab soalan.
3. Pemain
pertama yang sampai ke petak terakhir dan memberi inferen yang bersesuaian
dikira pemenang.
4. Soalan
yang diberikan perlu dijawab dengan tepat bagi mengelakkan didenda iaitu turun
satu anak tangga.
Cara
permainan “Dam Ular Minda”
1. Guru
akan meminta murid untuk membentuk empat kumpulan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Seterusnya, guru akan memberi teks yang digunakan
iaitu cerita rakyat “Sang Kancil dan Sang Buaya” untuk dibaca dan difahami oleh
murid selama lima minit.
2. Guru akan meminta ketua setiap kumpulan untuk
tampil kehadapan sebagai pemain kepada dam tersebut.
3. Sekiranya
murid terkena petak yang bertanda tanda soal “?” guru akan mengutarakan soalan
berdasarkan tahap-tahap yang diperkenalkan oleh QARs. Contohnya, sekiranya
tahap ketiga yang murid itu berhenti, maka soalan seperti ini akan diajukan.
“berikan dua pengajaran yang ingin disampaikan dalam cerita rakyat tersebut”.
4. Sekiranya
murid terkena petak ular, murid akan turun pangkat dan perlu menjawab soalan
berbeza dengan murid yang mendapat tangga. Murid tersebut akan naik pangkat dan
tidak perlu menjawab apa apa soalan.
5. Murid
pertama yang sampai ke petak terakhir perlu membuat inferen yang tepat
berdasarkan teknik yang diperkenalkan oleh QARs untuk diumumkan sebagai
pemenang. Contoh soalan ialah, “berikan peribahasa yang sesuai bagi situasi
yang terdapat pada perenggan ketiga”
6.0 MENGAPA BAHAN BANTU
MENGAJAR DIPERLUKAN
Bahan
bantu mengajar digunakan oleh seorang guru kepada pelajarnya semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung sama ada di dalam bilik darjah mahupun
di luar bilik darjah. Bahan bantu mengajar sangat diperlukan kerana ianya dapat
menarik perhatian pelajar untuk belajar. Oleh itu, seseorang guru perlulah
mempunyai kemahiran dalam menggunakan bahan bantu mengajar sama ada dalam
bentuk objek mahupun dalam bentuk multimedia.
Bahan
bantu mengajar juga diperlukan kerana dapat meningkatkan keupayaan kompetensi
guru dan juga dapat melakukan penilaian semula cara terhadap pengajaran dan
pendekatan pembelajaran mereka di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru hendaklah
memanfaatkan bahan bantu mengajar tersebut dengan baik kerana bahan bantu
mengajar yang digunakan dengan baik akan memberi kebaikan kepada murid-murid
yang diajar. Secara tidak langsung murid akan dapat memahami cara guru
menyampaikan pengajaran mereka. Sebagai contoh, dalam Permain “Dam Ular Minda” murid
perlu mengikuti urutan nombor yang terdapat pada permainan tersebut kerana
dalam setiap nombor tersebut terdapat soalan-soalan dan pengetahuan yang perlu
diketahui oleh pelajar berkaitan dengan subjek yang diajarkan.
Selain
itu, mengapa bahan bantu mengajar diperlukan kerana dapat meningkatkan minat
dan perasaan ingin tahu di kalangan pelajar. Apabila seseorang guru menggunakan
bahan bantu mengajar dalam subjeknya semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung hal ini dapat mempertingkatkan kefahaman tentang apa yang hendak
disampaikan oleh seseorang guru tersebut. Secara tidak langusng murid akan
lebih aktif dalam aktiviti pembelajarannya. Sebagai contoh dalam menggunakan
permain “Dam Ular Minda” apabila murid membaling dadu tersebut dan terkena pada
nombor yang mempunyai soalan murid perlu menjawab soalan tersebut berkaitan
subjek yang diajar.
Bahan
bantu mengajar sangat diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
kepada guru kerana untuk memberi daya tarikan yang menarik kepada murid-murid
di sekolah. Secara tidak langsung ianya dapat memberi rasa tanggungjawab yang
tinggi kepada guru untuk menjadikan sesi pengajaran mereka supaya kelihatan
menarik. Bahan bantu mengajar juga dapat meningkatkan keupayaan kompetensi guru
dan juga dapat melakukan penilaian semula terhadap pengajaran dan pendekatan
pembelajaran mereka di dalam bilik darjah. Oleh hal demikian, guru yang telah
menggunakan bahan bantu mengajar tersebut dapat memberi tanggungjawab yang
penting dalam menarik minat pelajar supaya pelajar berasa seronok ketika
menggunakan bahan bantu mengajar tersebut.
Para
guru perlu mempunyai inisiatif dan kreativiti dalam menghasilkan bahan bantu
mengajar supaya pelajar berminat untuk mengikuti proses pengajaran mereka.
Penyatan ini disokong oleh Krulik dan Weise (1975) yang menyatakan bahawa
proses pembelajaran lebih efektif apabila pelajar berminat terhadap apa yang
dilakukan dan ini akan memotivasikan pelajar supaya bersungguh-sungguh untuk
mencapai sesuatu dengan sendirinya. Melalui penggunaan bahan bantu mengajar
yang pelbagai, pembelajaran secara interaktif akan menarik, perhatian para
pelajar, dan menimbulkan rasa ingin tahu yang mendalam. Oleh itu, dalam permain
“Dam Ular Minda” tersebut dapat membuka minda pelajar supaya berfikir di luar
kotok dan menjadi tugas guru untuk menggunakan bahan bantu mengajar untuk
memberikan pemahaman yang jelas kepada pelajar tentang apa yang diajari
7.0 TEKNIK
HUBUNGAN SOAL JAWAB
Teknik
Hubungan Soal Jawab atau Question Answer Relationship ( QAR ), telah
diperkenalkan oleh Raphael pada tahun 1982. Tujuan teknik hubungan soal jawab
(Question-Answer Relationships-QARs)-jawab ialah satu prosedur untuk meningkatkan
keupayaan pelajar untuk menjawab soalan pemahaman dengan memberikan makna-makna
secara bersistematik yang membolehkan mereka memahami kehendak soalan-soalan
yang berlainan. Raphael (dalam Tierney & Readence, 1998) menyarankan empat
strategi pengajaran untuk menganalis kehendak soalan iaitu:
1. Memberi
maklum balas segera
2. Ansur
maju daripada teks yang pendek kepada teks yang panjang
3. Mulakan
dengan soalan yang mempunyai kehendak yang selapis dan bergerak kearah
soalan-soalan yang memerlukan pelbagai tugasan di dalamnya.
Strategi
QARS pula digunakan untuk :
Ø Menunjukkan
hubungan antara soalan dan jawapan dengan jelas
Ø Mengkategorikan
pelbagai jenis dan tahap soalan
Ø Membantu
pelajar untuk menganalisis, memahami dan bertindak balas terhadap konteks teks
Ø Membantu
menyangkal tanggapan biasa yang dipercayai oleh pelajar-pelajar bahawa teks
mempunyai semua jawapan.
QARs
ini dilaksanakan melalui empat peringkat :
Di
situ QARs
Peringkat
ini pelajar dapat melihat jawapan berada dalam teks. Keadaan ini selalunya dijumpai
apabila jawapan dan soalan berada dalam satu ayat yang sama.
Contohnya, dalam petikan-petikan hikayat yang terdapat soalan dan jawapan yang
tertentu dalam bab-bab yang terpilih.
Fikir
dan Cari QARs
Peringkat
ini jawapan tiada di dalam teks oleh yang demikian pelajar perlu
menggabungkan bahagian-bahagian dalam teks untuk mencari jawapannya. Keadaan
ini dijumpai apabila jawapan dan soalan tidak berada dalam satu ayat yang
sama.
Saya
dan Pengarang QARs
Peringkat
ini pelajar sedar jawapan tiada dalam teks dan mereka perlu fikir apa yang
mereka tahu dan apay ang pengarang teks kemukakan dan cara untuk mengabungkan
semua ini untuk mencari jawapan.
Saya Secara Sendirian QARs
Peringkat
ini melibatkan pelajar diperkenalkan cara untuk bertanya sebelum memulakan
pembacaan.Peringkat ini dikenali sebagai Saya Secara Sendirian QARs.
Peringkat ini bertujuan untuk mengakses pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan
bahan yang dibaca. Dalam membina soalan yang ditanya semasa membaca
adalah penting untuk mengimbangi soalan-soalan berasaskan teks dan
soalan-soalan untuk membuat inferens tentang teks.
8.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya,
Bahan Bantu Mengajar merupakan bahan yang sangat penting sebagai media dalam
pengajaran. Bahan bantu mengajar menjadi daya penarik kepada pelajar untuk
berada di dalam sesi pembelajaran. Tambahan pula, pembelajaran yang
mengaplikasikan Bahan Bantu Mengajar di dalam kelas berupaya memberi daya ingatan yang berkekalan kepada
pelajar. Di samping itu Bahan Bantu Mengajar menjadikan suasana kelas yang
pasif bertukar menjadi kondusif hasil daripada kepelbagaian aktiviti yang
dijalankan oleh guru. Di sini, semua pelajar terlibat sama di dalam proses
pembelajaran kerana masing-masing berperanan mengambil bahagian untuk
menjalankan aktiviti yang memerlukan Bahan Bantu Mengajar yang dibawa oleh guru
di sekolah. Dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar juga, masa yang
diperuntukkan oleh seorang guru untuk mengajar di dalam kelas juga dapat
dijimatkan kerana semua input-input yang diajarkan di dalam sesuatu topik telah
diringkaskan di dalam Bahan Bantu Mengajar tersebut.
9.0 RUJUKAN
Kamarudin Hj. Husin &
Siti hajar Hj. Abdul Aziz (1996). Siri
Pendidikan Perguruan: Penguasaan Kemahiran Membaca; Kaedah Dan Teknik Membaca. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan