Sabtu, 20 Mei 2017

KERTAS KERJA ALAT BANTU MENGAJAR


1.0       TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mengadakan pameran alat bantu mengajar dengan tujuan berikut:
  1. Untuk mengadakan pameran alat bantu mengajar bagi Kursus BMK 3033 Keterampilan Membaca semester 2 sesi 2016/2017.
  2. Untuk mendapatkan kelulusan penggunaan dan peminjaman untuk mengadakan pameran ini.
  3. Untuk memberi pendedahan awal kepada mahasiswa dan mahasiswi bagi mempelajari cara bagaimana menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai dengan subjek yang diajar.
  4. Program ini untuk menambahkan pengetahuan sedia ada bakal-bakal guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar.
2.0       PENGENALAN
Program ini dirangka dan akan dilaksanakan oleh mahasiswa/i kelas BMK 3033 Keterampilan Membaca Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah untuk memberi penambahan ilmu pengetahuan kepada pelajar itu sendiri. Di samping itu, program ini dibentuk bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pembelajaran di luar kelas bagi mempraktikkan segala apa yang dipelajari di dalam kelas sewaktu kuliah.

3.0       OBJEKTIF
Program ini diadakan untuk:
3.1 Memberikan pendedahan kepada mahasiswa/i supaya lebih kreatif.
3.2 Mewujudkan perpaduan dan mengeratkan lagi ukhuwah antara mahasiswa/i.
3.3 Membentuk pelajar yang berketerampilan dan berkeperibadian tinggi dan mulia.
3.4 Memberikan peluang kepada pelajar untuk menyumbangkan idea-idea yang bernas.
3.5 Mempraktikkan segala apa yang diajar sewaktu kuliah ke dunia sebenar.
3.6 Tujuan pengambilan markah bagi tugasan berkumpulan.

4.0       HASIL PEMBELAJARAN
  1. Mempraktikkan apa yang diajar di dalam kelas ke dunia perguruan yang sebenar.
  2. Memberi pengalaman untuk para pelajar dalam menghasilkan sesuatu yang kreatif dan berinovasi.
5.0       KEMAHIRAN INSANIAH
  1. Pendedahan kepada aktiviti yang sihat serta memberikan pengalaman yang bermanfaat kepada mahasiswa/i.
  2. Membentuk nilai-nilai murni dan modal insan yang berguna.
  3. Membentuk peribadi guru yang kreatif dan berinovasi.
  4. Membentuk kerjasama antara ahli kumpulan.
6.0       JUSTIFIKASI
Program ini bertujuan melahirkan mahasiswa/i yang berfikiran kreatif dan inovasi. Seterusnya, dapat memberikan sumbangan dan bakti kepada sekolah terbabit. Selain itu, ia dapat mengaktifkan nilai – nilai murni dalam diri peserta.  Semangat kerjasama dan saling membantu sesama peserta juga dapat digilap. Segala pengisian yang ingin dianjurkan dalam program ini adalah bersesuaian bagi menyemai sikap prihatin, bekerjasama, dan sentiasa memajukan diri kearah kecemerlangan.

7.0       MAKLUMAT PELAKSANAAN PROGRAM
Program        : Pameran Alat Bantu Mengajar
Tarikh            : 9 Mei 2017
Hari                : Selasa
Tempat           : Blok 8 Aras Bawah Bilik Kuliah 4


8.0       KUMPULAN SASARAN
Melibatkan 59 orang pelajar kelas BMK 3033 Keterampilan Membaca Semester 2 Sesi 2016/2017 di bawah pelbagai fakulti  Universiti Pendidikan Sultan Idris.

9.0       TENTATIF PROGRAM
MASA
AKTIVITI
4.00 petang
Kehadiran pensyarah
4.10- 4.20 petang
Persiapan akhir setiap kumpulan
4.20 - 4.30 petang
Penerangan markah
4.30 – 4.40 petang
Penerangan markah rakan sebaya
4.40 – 5.30 petang
Tinjauan pensyarah dan rakan sebaya ke setiap kumpulan dan pemberian markah oleh pensyarah dan rakan sebaya
5.30 – 6.00 petang
Bersurai

10.0     SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM
Penasihat
Prof Madya Dr Dahlia Binti Janan
Pengarah program
Muhammad Amirul Amin Bin Abdul Razak
Timbalan Pengarah
Nur Fatihah Binti Masri
Setiausaha
Tuan Nur’ain Afiqah Binti Tuan Kamaruzani
Penolong Setiausaha
Muhammad Anwar Bin Mohd Fadzil
Bendahari
Nurul Izzati Hanis Binti Mohd Zamani
Penolong Bendahari
Nurul Syazwanie Binti Ayob

11.0     ANGGARAN KEWANGAN
PENDAPATAN
BIL
PERKARA
PER (RM)
UNIT
JUMLAH (RM)
1
Kain
3.30 (Meter)
4
13.20
2
Marker
2.00
1
2.00
3
Double Tape
2.00
1
2.00
4
Kertas Manila
1.00
1
1.00
5
Makanan
3.00
1
3.00
6
Print
4.00
-
4.00

Jumlah Keseluruhan : RM25.20
RM 25.20 6 (Orang Ahli) = RM 4.20 (Seorang)

12.0     PENUTUP
Ucapan terima kasih kepada semua ahli yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharap program ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan yang berguna dalam kalangan mahasiswa/i mengenai profesion perguruan yang sebenar. Semoga program ini akan mencapai objektif yang dihajatkan dan memberi pengalaman serta ilmu baru kepada mahasiswa/i yang terlibat. Oleh hal yang demikian, kami juga sangat berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami dan seterusnya meluluskan kertas kerja ini. Segala kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh:
Tuan Nur’ain Afiqah Binti Tuan Kamaruzani
Setiausaha,
Pameran Alat Bantuan Mengajar
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim, Perak.

Tandatangan : ………………………………
Tarikh           : ………………………………

Disokong oleh:
Muhammad Amirul Amin Bin Abdul Razak,
Pengarah Program,
Pameran Alat Bantuan Mengajar,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.

Tandatangan : ………………………………
Tarikh           : ………………………………

Disemak oleh:





Prof Madya Dr Dahlia Binti Janan
Penasihat Program,
Pameran Alat Bantuan Mengajar
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.

Tandatangan : ………………………………
Tarikh           : ………………………………




Tiada ulasan:

Catat Ulasan