Sabtu, 20 Mei 2017

LAPORAN PAMERAN ALAT BANTU MENGAJAR

LAPORAN PAMERAN ALAT BANTU MENGAJAR
Sebelum Pameran
Tarikh              : 24 April 2017
Masa                : 11.00 pagi
Tempat            : Cafe Kolej Harun Aminurrashid
Kumpulan kami terdiri daripada 6 orang ahli yang dimana merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan At01 Kesusasteraan Melayu dari Fakulti Bahasa Dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris yang telah mengambil subjek 3033 Keterampilan Membaca sebagai subjek minor Bahasa Melayu. Kumpulan kami telah bersepakat dalam menghasilkan alat bantu mengajar dengan menggunakan teknik hubungan soal-jawab. Dalam pembinaan alat bantu mengajar ini dengan menggunakan teknik hubungan soal-jawab, kumpulan kami telah memilih matapelajaran sastera iaitu untuk mengajar pengajaran dan nilai dalam cerita Sang Kancil Dengan Sang Buaya. Dalam perjumpaan ini kami membincangkan dan merangka bahan-bahan yang diperlukan bagi menghasilkan alat bantu mengajar yang sesuai dengan teknik yang telah dipilih oleh kumpulan kami. Kumpulan kami telah memutuskan untuk mengutip sebanyak RM 4.20 seorang. Jumlah duit yang telah dikumpul oleh kami ialah sebanyak RM 25.20

PEMBELAJAAN KUMPULAN
BIL
PERKARA
PER (RM)
UNIT
JUMLAH (RM)
1
Kain
3.30 (Meter)
4
13.20
2
Marker
2.00
1
2.00
3
Double Tape
2.00
1
2.00
4
Kertas Manila
1.00
1
1.00
5
Makanan
3.00
1
3.00
6
Print
4.00
-
4.00

Jumlah Keseluruhan : RM25.20
RM 25.20  6 (Orang Ahli) = RM 4.20 (Seorang)
Empat orang ahli kumpulan kami telah ditugaskan untuk ke pekan bagi membeli bahan-bahan yang diperlukan untuk membina alat bantu mengajar dan dua orang lagi menyediakan teks dan video bagi memberikan kefahaman yang jelas dalam pengajaran yang akan dilakukan nanti. Kumpulan kami telah menyediakan alat bantu mengajar mengikut kesesuaian teknik yang dipilih, saiz yang efisyen dan senang dibawa dan sesuai dengan matapelajaran yang telah dipilih oleh kumpulan kami.




Semasa pameran
Tarikh              : 9 Mei 2017
Masa                : 4.00 – 6.00 Petang
Tempat            : Blok 8 Aras Bawah Bilik Kuliah 4
Sekitar jam 4.00 petang, semua pelajar yang mengambil kursus 3033 Keterampilan Membaca bagi semester 2 sesi 2016/2017 bagi kumpulan A telah diarahkan berkumpul di dalam Bilik Kuliah 4 Aras Bawah Blok 8 di Kampus Sultan Azlan Shah dan pada waktu itu juga merupakan ketibaan pensyarah iaitu Prof Madya Dr Dahlia Binti Janan. Sebelum pameran Prof Madya Dr Dahlia Binti Janan memberikan masa selama 10 minit bagi semua kumpulan untuk melakukan penyediaan akhir sebelum melakukan pameran alat bantu mengajar masing-masing. Tepat jam 4.20 – 4.40 petang, penerangan markah dan penerangan markah rakan sebaya oleh Prof Madya Dr Dahlia Binti Janan iaitu pensyarah kursus 3033 Keterampilan Membaca. Sebanyak 3 orang ahli setiap kumpulan ditugaskan untuk membuat penilaian di setiap kumpulan dari segi lima komponen yang telah dinyatakan oleh Prof Madya Dr Dahlia secara bergilir-gilir. Malah penilaian turut dibuat oleh Prof Madya Dr Dahlia Binti Janan pada setiap kumpulan yang mempamerkan alat bantu mengajar masing-masing.







Kumpulan kami telah menggunakan Teknik Hubungan Soal-Jawab dalam membina alat bantu mengajar. Matapelajaran yang digunakan kami ialah matapelajaran sastera iaitu pembelajaran pengajaran dan nilai dalam teks Sang Kancil Dengan Sang Buaya. Kumpulan kami telah menyedikan teks cerita Sang Kancil Dengan Sang buaya sebagai bahan bacaan dan rujukan serta video sebelum diaplikasikan bagi Teknik Hubungan Soal-Jawab. Pelajar diminta untuk membaca teks yang telah disediakan terlebih dahulu dan pelajar diminta menjawab soalan yang dikemukankan oleh guru mengikut peringkat soalan. Dalam menjawab soalan, pelajar diminta bermain satu permainan iaitu “Dam Ular Minda”. Dalam permainan ini soalan akan dikemukakan mengikut peringkat-peringkat. pada peringkat pertama iaitu Disitu Qars, pelajar perlu mencari jawapan yang berada dalam teks iaitu selalunya jawapan dan soalan berada dalam satu ayat yang sama. Pada peringkat kedua iaitu Fikir Dan Cari Qars, jawapan tiada dalam teks, akan tetapi pelajar perlu mencarinya dan menggabungkan bahagian-bahagian dalam teks untuk membentuk satu jawapan dan dalam cerita sang kancil dengan sang buaya ini pada peringkat ini guru meminta pelajar mengeluarkan jawapan strategi sang kancil. Bagi peringkat ketiga iaitu Saya Dan Pengarang Qars, peringkat ini jawapan tiada dalam teks dan mereka perlu fikir jawapan selari apa yang dikemukakan oleh pengarang teks tersebut. Guru meminta pelajar untuk mencari jawapan dan jawapan tersebut perlulah difikirkan oleh pelajar iaitu guru meminta pelajar membina jawapan mengenai pengajaran dan nilai terhadap cerita itu. Bagi peringkat terakhir iaitu Saya Secara Sendiri Qars, pelajar perlu menggunakan pengetahuan sedia ada pelajar tentang teks yang dibacanya dan pelajar perlu membuat inferens tentang teks yang dibacanya. Guru meminta pelajar mencipta satu simpulan bahasa yang sesuai dengan watak dalam teks tersebut.
Kumpulan kami mengambil satu inisiatif bagi menarik minat pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran menggunakan teknik hubungan soal-jawab dengan menyediakan hadiah kepada pelajar yang menjawab soalan hasil dari binaan alat bantu mengajar yang telah kami sediakan. Penilai juga turut diberikan hadiah kerana mencuba alat bantu mengajar yang telah disediakan oleh kumpulan kami.

Selepas pameran
Tarikh              : 9 Mei 2017
Masa                : 5.30 – 6.00 Petang
Tempat            : Blok 8 Aras Bawah Bilik Kuliah 4
Selepas pameran setiap kumpulan, setiap kumpulan dikehendaki untuk mengumpul segala bukti pameran iaitu gambar, video dan sebagainya untuk dimuatnaikkan dalam blog yang diwujudkan setelah pameran tamat. Setiap kumpulan perlu membina satu blog untuk memuatnaikkan kesemua laporan aktiviti, kertas kerja, gambar, video untuk dinilai oleh pensyarah kursus Bmk 3033 Keterampilan Membaca iaitu Prof Madya Dr Dahlia Binti Janan.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan